mmagroup.com.my
PENGELUAR PRODUK HERBA MINUMAN PELENGKAP FORMULASI HEBAT
 
Untitled
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • PRODUK KAMI
  • TESTIMONI PRODUK
  • CARA BELI ONLINE
Selection Picture : amattulus.com
Untitled
  • JARINGAN PRODUK MUSLIM
  • WAKIL JUALAN KAMI
  • SOAL-JAWAB
  • HUBUNGI KAMI

mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Kenali, Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
PRODUK - KOPI KENALI
Untitled
  • Kopi Mas Ayu Plus Collagen
  • Kopi Go Power
  • Kopi Halia Madu Telur Puyuh

11 HERBA TERBAIK DALAM 1 SACHETS

Kopi Kenali

Minuman Pelengkap Kenali merupakan kombinasi herba dan pemakanan sunnah ianya diformulasikan dengan ekstrak 11 herba terbaik dalam 1 sachets, dipercayai dapat membantu masalah dalaman khususnya bagi masalah-masalah lelaki dan juga wanita yang manghadapi masalah letih lesu dan tidak bertenaga sekiranya diamalkan secara konsistant (berterusan). Disarankan minum pagi dan malam sebelum tidur.

APA KATA PENGAMAL KOPI KENALI

Suhaimi bin Abdul Rahman
No.3, Jalan Nusaputra 4/1A, Bandar Nusaputra 47130 Puchong, Selangor.
HP: 016-8105361

Sebelum ini saya ada masalah batu karang, bermacam ubat dan makanan kesihatan dah cuba tapi macam tu juga. Bila dah elok sikit jadi lagi batu karang, makan nak kena jaga kalau salah makan sakit semula. Alhamdulillah….saya cuba Mas Ayu Kolagen hampir sekotak dan diperkenalkan oleh Tn. Hj. Tengku Osman kopi KENALI. Baru 1 sachet kopi Kenali saya minum esoknya bila kencing keluar batu karang sebesar kepala mancis dan berpasir, pinggang pun dah tak sakit lagi… syukur. Saya cuba makan makanan yang saya pantang selama ini dan minum kopi Kenali pagi dan malam …alhamdulillah sakit batu karang tak datang lagi. Kini saya amalkan Mas Ayu dan kopi Kenali tiap-tiap hari, harganya pun berpatutan…terima kasih.


Puan daripada Batu Gajah, Perak.

(Maklumat tidak dapat dimasukkan atas permintaan beliau)

Sebelum ini saya mempunyai masalah dalaman dimana bila bersama suami terasa longgar, risau keadaan tersebut saya telah cuba bermacam-macam produk tetapi tidak berhasil, setelah disarankan oleh wakil pemasaran MMA supaya saya mencuba Kenali, baru cuba 1 kotak hasilnya alhamdulillah betul-betul menakjubkan kesemua masalah dalaman saya terasa perbezaan yang begitu ketara, terasa kecut , rapat dan ketat bila bersama. Saya betul-betul berpuashati dengan produk MMA RM28 bukanlah nilainya jika dibandingkan dengan khasiat dan kebaikkannya.

Antara herba-herba terbaik yang digunakan ialah :

GUARANA (PAULLINA CUPANA)

Pengakuan Pakar Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana katanya "Guarana adalah 100% organik". Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin yang baik kepada badan manusia. Dengan ini, ia mendapat nama harum sebagai ubat awet muda. Ia kaya dengan guaranin yang boleh diserap oleh badan manusia secara perlahan. Pentadbiran Pemakanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat, selain Institut Pasteur, telah mengiktiraf Guarana sebagai makanan kesihatan semulajadi.

Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka bahawa: "Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan". Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, selain dapat meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Ia juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman. "Ahli bio kimia Paul De Cointe menjelaskan : "Guarana adalah sejenis ubat penenang saraf yang dapat melegakan ketegangan. Ia sejenis buah yang dapat mencegah arteriosklerosis, menguatkan jantung, berkesan terhadap sakit kepala dan neuralgia". Antara kebaikan Guarana membantu masalah kelesuan yang kronik, mental dan fizikal lemah, kesukaran bernafas, sistem ketahanan badan yang lemah, fungsi seks yang tidak sempurna, demam, jangkitan, keresahan, tekanan, cirit-birit, kesakitan, penuaan, pencemaran dan pembekuan darah, kegemukan, sakit perut kerana makanan tidak hadam, arteriosklerosis, masalah merokok, kesakitan kedatangan haid, tekanan darah tinggi dan diabetis.

 

UBI JAGA (SMILAX MYOSOTIFLORA)

Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit sifilis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.

TRIBULUS

Merangsang hubungan suami isteri, melancarkan tenaga kelelakian (tenaga batin), melazatkan jimak dan melambatkan klimaks, menghilangkan kebas-kebas, sengal-sengal sendi, menghilangkan sakit otot dan urat, melawaskan pembuangan najis, membuang angin, meningkatkan pengeluaran hormon, merawat masalah resdung, mencuci buah pinggang, membantu menyelesaikan masalah paru-paru berair, kencing manis dan darah tinggi, awet muda, melancarkan peredaran darah, membuang toksin dan racun dalam badan dan merawat ghout.

   
GINSENG
Tenaga penjana kehidupan, memulihkan limpa dan menguatkan fungsi paru-paru.
Menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental.
Memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan di samping menghilangkan dahaga.
Membantu melegakan masalah anemia di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.
Mencegah kehilangan lembapan daripada kulit.
Bertindak untuk melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat.
Mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia.
Merangsang pertumbuhan rambut serta menghitamkan rambut beruban.
Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.
Membantu mengatasi masalah orang yang lanjut usia yang senang mengalami pening kepala, sakit dada, lesu, tiada selera makan sukar tidur lena.
Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas.
Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.
Menurunkan paras lipid ketupatan rendah iaitu ‘kolestrol jahat’ di dalam darah.
Mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah.
Mencegah risiko sakit jantung dan strok.
Menormalkan tekanan darah, meningkatkan fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung yang tidak teratur.

MACA : Sesuai untuk Lelaki dan Wanita.

Apa itu MACA?
MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon. Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.

Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.

Maca untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido (tenaga
seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng". Maca mempunyai bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya. Orang ramai sering memanggil Maca sebagai Peruvian Ginseng atau Viagra Semulajadi.

Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun.

Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

Kandungan yang terdapat dalam MACA

Carbohydrate :

  • Membekalkan tenaga pada sel otot dan mencegah kelesuan otot
  • Meresap ke bendalir seminal untuk memberi tenaga kepada spermatozoids.
  • Meningkatkan tahap aktiviti spermatozoids.

Proteins :

  • Mencegah kemandulan pada lelaki dan wanita kerana asid amino adalah juzuk sel pembiakan.

Lipids :

  • Mencegah kemerosotan keinginan seks dan disfungsi seks yang berkaitan dengan kekurangan hormon.
  • Asid lemak diperlukan untuk sistesis hormone.

Fiber :

  • Mencuci saluran penghadaman.
  • Memperbaiki penyerapan nutrient.

Minerals : Diperlukan dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tulang.

Vitamins :

  • Diperlukan dalam penghasilan tenaga, pengeluaran hormon dan memperbaiki fungsi kardiovaskular (jantung).

Alkaloids :

  • Merangsang sistem pembiakan untuk kedua-dua lelaki dan wanita
  • Merangsang aturan kalsium dan fosforus. Mengukuhkan tulang.

MACA sterols :

  • Meningkatkan kesuburan wanita dan memperbaiki masalah menopause.
HABBATUS SAUDA (NIGELLA SATIVA)

Habbatus sauda (Black Seed) yang tumbuh di Mesir, India dan di Negara-negara Laut Tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit. Habbatus Sauda juga untuk meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan sistem pernafasan. Bijirin Hitam (Habbatus Sauda) amat baik bagi mereka yang mengalami masalah lelah, mengandungi kadungan vitamin dan mineral yang penting bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ia juga meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu, membantu menambah rangsangan seksual, baik bagi penyakit ghout dan amat digalakkan dimakan secara pengambilan supplemen/makanan tambahan.

FISH COLAGEN

Untuk produk Mas Ayu kolagen yang digunakan adalah daripada Fish Colagen yang diimport daripada Korea. Kajian membuktikan pengambilan kolagen secara berterusan membantu mengekalkan awet muda dan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan, oleh sebab kolagen membentuk 75% daripada kulit badan maka kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.

Kekurangan kolagen dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi tidak bermaya dan menyebabkan berlakunya kedutan serta penuaan pada kulit. Bagi mereka yang mengetahui akan khasiat kolagen mereka pasti mengamalkannya sebagai penawar bagi mengekal dan mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit supaya wajah kelihatan muda. Kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Kajian Jerman pada 1995 menunjukkan penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ketika tidur asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot dan membantu pembinaan bentuk badan, otot tulang dan sendi yang lebih kukuh, kolagen juga berkesan dalam rawatan osteoarthritis (sakit sendi dan tulang) ini telah dibuktikan oleh Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa.

Kajian dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari selama 1 bulan hingga 3 bulan akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat arthritis (sakit sendi dan tulang). Pengambilan sebelum tidur adalah disyorkan.

ZA'FARAN

Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.

Antara dalil kenyataan Saidina Ali (k.w.):

" Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

KHASIAT ZA'FARAN

  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
  • Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang.
  • Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia).
  • Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh.
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B.
  • Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin.
  • Masalah mati pucuk, sembelit.
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing.
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah.

HALBA

Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.
Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
"Gunakanlah Halba sebagai ubat"

KHASIAT HALBA

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  • Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lender tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut
  • Merangsang rahim
  • Kegemukan
  • Kurang berat badan
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia
  • Kecergasan
  • Kekuatan badan
  • Tumbesaran
  • Banyakkan air susu

Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.



mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Date
KATA-KATA ALUAN
Pengarah Urusan - YM. Hj Tengku Osman bin Tengku Mohamad

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera…
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama.
Baca Selanjutnya >>

Dengarkan Iklan MMA GROUP
DIIKTIRAF OLEH JAKIM & KKM
PRODUK HEBAT MMA GROUP



AGEN DIPERLUKAN!
Berminat menjadi Wakil ditempat anda? Klik sini untuk maklumat lanjut.
JARINGAN USAHAWAN




 
     
mmagroup.com.my
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak

Anda adalah Pengunjung yang ke .
Hak Milik Terpelihara MMA GROUP - mmagroup.com.my

Laman Web dibangunkan oleh Dumei Dot Com

Direktori Usahawan Edisi Internet