mmagroup.com.my
PENGELUAR PRODUK HERBA MINUMAN PELENGKAP FORMULASI HEBAT
 
Untitled
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • PRODUK KAMI
  • TESTIMONI PRODUK
  • CARA BELI ONLINE
Selection Picture : amattulus.com
Untitled
  • JARINGAN PRODUK MUSLIM
  • WAKIL JUALAN KAMI
  • SOAL-JAWAB
  • HUBUNGI KAMI

mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
KATA-KATA ALUAN PENGARAH SYARIKAT

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera…
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama.

Tidak lupa kepada ibu yang dikasihi yang telah banyak berkorban melahir dan membesarkan saya dalam keadaan kemiskinan, kedaifan dan kesempitan hidup, seorang ibu tunggal yang tabah membesarkan kami dengan air mata dan keringat tulang empat kerat semoga pengorbanan doa dan harapan ibu yang tak putus-putus mendapat Rahmat dari Allah SWT dan diberikan kesempatan menikmati kejayaan anak-anak.

Kepada isteri yang banyak berkorban ketika dalam kesusahan sanggup lalui kehidupan dengan air mata ketika sama-sama kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, kenangan bawa bakul makan nasi beralaskan kotak tidak dilupakan sampai bila-bila, semoga pengorbanan, kesabaran atas ketentuan Allah diwaktu susah yang dilalui menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Juga buat anak-anak yang dikasihi, yang sentiasa doakan "Ya Allah berilah abah duit, mama duit…" doa anak-anak menjadi azimat, semangat dan kekuatan untuk terus berusaha dalam mendaki puncak kejayaan.

KEPADA SEMUA WAKIL PEMASARAN
Terima kasih yang tidak ternilai diucapkan di atas sokongan, keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada MMA Group mudah-mudahan segala sokongan yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dunia dan akhirat. MMA Group diilhamkan hasil hidayah daripada Allah SWT selepas saya menemani ibu mengerjakan ibadah haji pada tahun 2004 ketika itu saya masih lagi berkhidmat sebagai pengurus salah sebuah syarikat motivasi, dalam keadaan yang keliru dan tercari-cari halatuju saya mengambil peluang ketika di bumi ambiak di sana saya memanafaatkan setiap ruang dan peluang berada di tempat-tempat mutajab berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah di dalam membuat keputusan yang terbaik demi masa depan saya sekeluarga, alhamdulillah setelah 1 tahun akhirnya Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk meletak jawatan dan memulakan langkah pertama bermodalkan semangat dan air mata.

Gambar Sebelum   Gambar Selepas
 

Senyum Dalam Tangisan…
Gambar hari PERTAMA yang diambil oleh isteri saat memulakan kehidupan baru, ketika ini 1001 persoalan berjaya atau gagal dalam bisnes hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

 

Syukur Alhamdulillah…
Gambar setelah 1 tahun bisnes mula berkembang, ketika ini macam-macam peluang yang datang. Semua ini berkat doa ibu, sokongan isteri, rakan-rakan dan doa semua pihak..

Sesungguhnya untuk berjaya dalam perniagaan bukannya sesuatu yang mudah ianya memerlukan pengorbanan, kesanggupan, keyakinan dan keberanian saya bukanlah orang yang layak bercakap soal kejayaan tetapi apa yang saya lalui mungkin sedikit sebanyak boleh dikongsikan bersama, dengan memulakan perniagaan tanpa pinjaman, hanya bergantung atas kepercayaan rakan-rakan Usahawan herba yang telah lama bertapak dan berjaya.

Apa yang ingin dikongsikan di sini modal yang paling penting, yang paling berharga dan yang paling bernilai ialah DIRI SENDIRI "Jangan sesekali menggugat kepercayaan yang diberikan oleh orang lain terhadap diri kita, kerana sekali orang tidak percaya orang tidak akan percaya selama-lamanya" JUJUR, IKHLAS dan AMANAH itu prinsip yang dipegang. Saya masih ingat kata-kata azimat dari seorang guru semasa di bangku sekolah kataNya:

"Kalau kita berjaya dalam akademik tak semestinya kita berjaya dalam hidup, dan kalau kita gagal dalam akademik tak semestinya kita gagal dalam hidup, yang penting kita mesti Rajin, Berusaha dan Bertawakkal pada Allah SWT", Terima kasih kepada Ustazah Shamsiah, Sek. Men. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu semasa saya masih tercari-cari halatuju dan pegangan hidup kata-kata ini mengingatkan kembali siapa diri saya yang sebenar.

Wang tidak menjanjikan kejayaan, wang tidak menjanjikan ketenangan, wang juga tidak menjanjikan kebahagiaan malahan ramai yang gagal dalam hidup kerana wang, ramai yang lupa diri kerana wang dan ramai yang sanggup lakukan apa sahaja untuk wang, tanpa memikirkan halal atau haram, dosa atau pahala asalkan matlamat duniawi tercapai. Tidak dinafikan wang adalah penting untuk kehidupan, kesenangan, keselesaan hidup malahan dengan wang kita mampu berzakat dan membuat seberapa banyak kebajikan.

KEPUASAN HIDUP ADALAH PERJUANGAN… KEPUASAN PERJUANGAN ADALAH KEMENANGAN… DAN KEMENANGAN HANYA DI MILIKI OLEH MANUSIA YANG BERANI! TANPA KEBERANIAN MIMPI TIDAK AKAN JADI KENYATAAN.

Kepada rakan-rakan marilah bersama MMA Group sama-sama kita berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT, tanamkan dalam diri rasa syukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT perbetulkan niat (nawaitu) kita ikhlas berniaga kerana Allah untuk membantu orang lain insyaAllah mudah-mudahan perniagaan yang kita bina atas dasar Taqwa mampu bersaing walaupun berjuta produk di luar sana, saya yakin dengan pertolongan Allah SWT setiap mereka yang mengamalkan pasti mendapat kebaikan, yang penting lakukan yang TERBAIK dan TERMAMPU oleh kita. Mudah-mudahan dengan pelancaran "Setiap pembelian 1 produk MMA RM1 akan diwakafkan untuk pembinaan surau, membantu fakir miskin, anak-anak yatim, serta golongan yang memerlukan, semoga apa yang kita usahakan Allah SWT melipat gandakan rezeki dan memudahkan segala urusan harian kita. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Salam Perjuangan…Salam Kejayaan.

mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak
Date
KATA-KATA ALUAN
Pengarah Urusan - YM. Hj Tengku Osman bin Tengku Mohamad

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera…
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT di atas segala Rahmat dan Nikmat yang diberikan dan semoga segala Rahmat dan Nikmat ini dapat dikongsikan bersama, saya yakin sekiranya kita memberikan 1 peluang kepada orang yang memerlukan, Allah SWT pasti akan membuka banyak peluang untuk kita usahakan dan adakalanya apa yang kita miliki hari ini mungkin ada hak orang lain yang perlu ditunaikan yang mana Allah SWT jadikan kita sebagai penyebab, inilah yang dikatakan berkongsi perniagaan dan berkongsi keuntungan maka nikmat yang Allah berikan dapat dikongsikan bersama.
Baca Selanjutnya >>

Dengarkan Iklan MMA GROUP
DIIKTIRAF OLEH JAKIM & KKM
PRODUK HEBAT MMA GROUP



AGEN DIPERLUKAN!
Berminat menjadi Wakil ditempat anda? Klik sini untuk maklumat lanjut.
JARINGAN USAHAWAN




 
     
mmagroup.com.my
mmagroup.com.my : Pengeluar Produk Herba Kopi Mas Ayu Plus Collagen, Kopi Go Power, Therapy Lotion dan Syarikat Pengurusan Iklan Radio, TV dan Media Cetak

Anda adalah Pengunjung yang ke .
Hak Milik Terpelihara MMA GROUP - mmagroup.com.my

Laman Web dibangunkan oleh Dumei Dot Com

Direktori Usahawan Edisi Internet